top of page

JOMS Kita pergi makan lo!

Apabila kamu terlihat gambar-gambar Instagram atau Facebook kawan makan kat cafe cantik, rasa gatal nak pergi cuba juga kan? Tak tahu mana pergi, marilah kami sarankan beberapa lokasi laku bagi Bossku!


by Javen Loh, Marketing Manager of White Forest Suites, 01/10/20



1)Bo All Day Dining (Pork-free)

Address: LINC KL LOT 1-10/1-11, NO 360, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur




Bo Dining berada dalam pusat beli-belah baru, the Linc KL yang terletak di Jalan Ampang. Restoran ini menawarkan fusion food dengan infusi makanan Malaysia seperti Nasi Lemak, Sang Har Yeemee dan lain-lain lagi. Suasananya yang sunyi dan interior design yang modern, bersama dengan makanan yang enak, Bo Dining memberikan experience yang terbaik bagi customers yang ingin mencuba makanan lokal dengan perasaan yang 'atas' sekali. Ruang yang besar di sini juga sesuai bagi sambutan atau gathering.




2) Amber Chinese Muslim Restaurant (Halal)

Address: Lot 7.01.02, Pavilion KL Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur



Amber yang memakai konsep Cina Muslim klasik bukan sahaja terkenal dengan tawaran makanannya yang unik, tetapi juga dekorasi yang berasal dari Tanah Besar Cina. Restoran ini telah membukakan cawangannya yang ketiga di Pavilion KL (cawangan lain juga berada di 1Utama dan Nexus Bangsar). Penggunaan daging kambing, cili dan rempah ratus dari China adalah bahan asas bagi kebanyakkan hidangan restoran ini. 'La Mian' atau Mi Tarik juga merupakan hidangan yang patut kamu cuba di sini disebabkan teknik special iaitu 'uli dan tarik', rasanya memang unik dan berbeza daripada tempat mana-mana saja yang lain.



3)Merchant Lane (Pork-free)

Address: 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur





















Merchant Lane merupakan satu kafe yang tersembunyi dalam bandar KL, perfect untuk Instagrammer yang ingin ambil gambar-gambar dengan perasaan gaya lama. Kafe ini menawarkan minuman seperti kopi yang dibancuhkan dengan infusi jasmine ataupun rose honey milk, bersama dengan makanan Asian dan dessert yang sedaaaaaap! Jomlah kita pergi relax kat cafe ini dan explore sekeliling Petaling Street - destinasi popular untuk pelancong-pelancong dari seluruh dunia!

Comments


bottom of page